
Sulit
4 tahun
Masalah kulit berjerawat yg naik mendadak di muka, tengkuk dan bahu, adakah kerana hormon,alergi atau faktor lain yg serius?
Assalamualaikum. Saya wnanita berumur 26 tahun. Full time bekerja dan juga part time menduduki peperiksaan international.
Sebulan yg lalu saya mengalami jerawat yg naik secara mendadak di muka dan juga di sekeliling tengkuk dan di bahu.
Saya assume, saya stress yg melampau kerana sye perlu bekerja sambil belajar.
Tetapi selepas exam pada 1.3 tamat, sye pikirkan isu ini akan kembali normal, akan tetapi jerawat/bintik tetap jugak naik dgn byk di bawah rahang/di tengkuk pada minggu ini. Di blkg tengkuk, jerawat nya seperti ketulan keras yg sakit.
Sye ada membaca dan search mengenai kulit, ada yg menyatakan ia adalah faktor hormon atau pcos. Jadi apakah yg saya perlu buat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Makanan yang berlemak
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga perlu berhenti mengambil ubat jerawat dan sabun yang anda sedang ambil jika anda yakin produk-produk berkenaan menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih