
Sulit
4 tahun
Masalah kulit bertompok
Saya lelaki dalam 40’an. Semenjak 3 tahun lepas, saya dapati kulit badan saya mengalami perubahan. Perubahan ini hanya berlaku dibahagian paras dada kebahagian bawah perut dan belakakang sya. Keadaan kulit dibahagian ini seperti tompokkan bekas chicken pok yang telah sembuh. Tompokan ini akan nampak menyerlah sekiranya badan saya panas dan berpeluh. Walaubagaimanapun, saya tidak berasa kegatalan. Keadaan ini merisaukan saya. Harap dapat membantu. Tera kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Panau (Tinea Vesicolor) atau nama lainnya ‘ pityriasis versicolor ’ ialah salah satu penyakit kulit yang biasa ditemui di Malaysia. Penyakit lain yang turut datang dengan tompokan pada kulit termasuklah:
- Vitiligo (sopak)
- Tinea corporis(kurap)
- Pityriasis rosea
- Psoriasis
Dengan rawatan yang berkesan, panau boleh berkemungkinan dan tompok pada kulit boleh hilang walaupun mengambil masa yang agak lama. Ubat untuk penyakit panau boleh diberi dengan dua cara iaitu ubat sapu dan ubat makan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.