ejumpkgv
4 tahun
Masalah kulit brown color spots
Saya lelaki berumur 30an menghadapi masalah kulit dimana terdapat tompok berwarna coklat pada bahagian leher, dada, belakang badan, bawah ketiak, celahan peha dalam pelbagai size. Tompok2 ini tidak gatal tetapi tidak pudar walaupun setelah sebulan. Apakah rawatan dan ubt untuk menghilangkan kesan brown spots/ patches ini. Thanks!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Tambahan pula, untuk pneyakit kulit, sangat penting untuk pakar perubatan melihat sendiri dan memeriksa masalah kulut tersebut. Barulah diagnosis yang tepat dapar diberikan.
Maka, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.