
skienida
5 tahun
Masalah kulit dan tompok merah seluruh badan
hi sya umur 30…keadaan kulit saya menjadi tidak sihat.apabila berlaku gatal pada permukaan betis kaki kanan.selepas di biar kn.keadaan kulit saya bertambah teruk mula naik bintik2 die seluruh badan dan menyebab kan bintik2 itu kering dan terkopek.keadaan sangat gatal di bahagian kaki sahaja…bintik2 merah tidak ada kegatalan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tompokan/bintikan merah dan gatal boleh disebabkan:
- Gigitan serangga seperti kutu tilam
- Alahan dermatitis pada kain atau sabun
- Kesan ubat - seperti antibiotik
- Kesan kekurangan zat besi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.