
balkhis.shafir
5 tahun
Masalah kulit di badan
Saya bersia 26 tahun, kulit saya menjadi merah2 seperti Ruam, naik dari bahagian Dada hingga ke leher. Saya tak gatal dan tak rasa apa2, tapi merah2 ini muncul secara Tiba2, kadang reda kadang naik banyak.
Di Bahagian perut kadang2 juga naik merah2 tersebut.
Keadaan ini terjadi kepada saya sejak berumur 22 tahun, cuma dulu tak obvious sgt

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan dermatitis - pada pakaian, produk sabun
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Pityriasis alba - sejenis kondisi yang mana kulit sensitif pada kain atau akibat kulit kering
- “sunburn”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan seperti pemeriksaan kulit adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.