
Sulit
4 tahun
Masalah kulit di payudara
saya wanita umur 22 tahun. belum berkahwin. saya mempunyai masalah kulit biji2 halus di bahagian breast dan di bahu. terlalu banyak sehingga kulit saya menjadi kasar. bila dipicit akan keluar macam nasi. apa yang perlu saya buat ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kulit di payudara yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang mungkin menjadi punca kepada masalah yang anda alami. Antaranya ialah:
- Masalah alahan pada kulit yang boleh disebabkan oleh pemakaian, sabun mandi ataupun pengunaan krim dan losyen yang mengandungi bahan alahan tersebut
- Keradangan pada kulit seperti Ekzema
- Jangkitan kuman seperti yis, bakteria dan juga kulat.
- Kulit terlibat adalah terlalu kering.
- Penyakit kulit seperti Psoriasis , iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan ketumbuhan sel kulit yang tidak terkawal.
- Jika kegatalan tersebut disampingi dengan keruaman, rasa sakit, dan bengkak, maka ia boleh menandakan sebagai tanda awal kanser payudara.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Justeru, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca masalah yang dihadapi sebelum mendapatkan rawatan lanjut. Sementara itu, sila pantau jika anda mengalami keruaman, sakit payudara, bengkak, ataupun terdapat ketumbuhan ketulan pada payudara yang teribat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.