Sulit
4 tahun
Masalah kulit gatal dan kering
Hi. Saya wanita berumur 22 tahun. Saya ingin bertanya, saya ada masalah kulit gatal pada bahagian celah kelangkang. Masalah tu bermula dari saya hamil dan saya sudah pun bersalin. Saya ingat masalah tu disebabkan alahan kehamilan saya. Tapi selepas melahirkan saya masih berasa gatal di celah kelangkang saya. Dan telah pun menjadikan kulit saya menjadi merah seperti sudah menipis dan kulit saya menjadi kering. Macam mana saya nak atasi masalah kulit gatal ini ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal dan kering yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.