
nabieyla71
5 tahun
Masalah kulit gatal gatal
Saya wanita bermumur 22 thn ,saya mengidap penyakit gatal di leher ini hampir 1 tahun …pada mula trjadi leher sy mnJadi kemerhan sperti ruam dan sgt gatal …apabila sy brpeluh dan waktu malam jadi sangat gatal ,masa jadi mcm ruam saya pergi ke klinik untuk cucuk dlm 2-3 hari hilang selepas tu dy gatal blik jd bulatan kecil merah bila saya garu dy berair lama kelamaan dy jadi hitam ,kulit dekat tmpat gatal jd kering .mdan skrng ad 2 bulatan hitam kat leher saya …mmg gatal sgt ,kadang2 ad biji2 mcm jerawat nasi tumbuh …saya hanya ingin tahu kudis jenis ap ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal serta kemerah-merahan seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.