
Sulit
5 tahun
Masalah kulit gatal & penawar
Saya seorang wanita berunur 34 tahun…sejak akhir2 ini kulit saya hampir setiap hari mengalami gatal2 pada kulit.Ia akan reda dalam masa beberapa minit atau jam dan akan terjadi disekitar kulit yang lain lagi.Sebelum ini saya x mengalami gatal2 yang disebabkan oleh alergi makanan dan sebagainya.Untuk pengetahuan doktor saya pernah mengalami tiroid beberapa tahun lalu dan telah sembuh, semasa saya mengalami penyakit tiroid saya x mengalami gatal2 pada kulit.Apa saranan doktor untul saya agar sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat menjelaskan bahagian tubuh mana sahaja yang terkena gatal, kekerapan gatal, pencetus (trigger) terkait dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.