syafiqarosli27
6 tahun
Masalah kulit Kering dan gatal-gatal
Saya adalah wanita berumur 19 tahun dan mengalami masalah kulit yang sangat kering. Tapak tangan saya juga sangat kasar. Kasar yang teramat kasar doc. Even saya tak buat kerja berat pun. Kulit saya kering dan gatal gatal terutamanya di area kaki dan betis. Saya menggunakan ubat gatal ‘ecocort’ untuk hilangkan rasa gatal tapi bila lama tak guna ia akan kembali gatal. Sejak kecil lagi kulit saya macam ni. Tolong doc. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kering beserta kegatalan boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat - disebabkan anda menggunakan ubat “Ecocort” untuk merawat gejala ini, mungkin jangkitan kulat adalah penyebabnya
- Dermatitis alahan - kulit anda mungkin alah pada jenis pakaian, sabun atau matahari
- Penyakit kulit - seperti ekzema atau psoriasis
- Hipo-tiroid
- Akromegali
Antara langkah yang boleh diambil anda ialah dengan menyapu losyen, kerap minum air, kurangkan pendedahan kepada matahari serta sabun pada tangan serta pengambilan vitamin C. Untuk mengatasi masalah ini secara khusus, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































