
Sulit
4 tahun
Masalah kulit kering dan menggelupas
saya mempunyai kulit kering.tambahan musim panas kulit saya memang kering …tambahan pula bulan lepas saya ada menggunakan produk SK ii dan kulit saya menggelupas.adakah ia disebabkan ketidaksesuaian kulit dengan produk atau bagaimana?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Kulit muka menggelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit muka mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit muka mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Kulit muka sangat kering
- Pemakaian kosmetik yang tidak sesuai
- Alergi kemungkinan akibat penukaran pencuci muka dan sebagainya
- Bekas luka pada kulit muka juga boleh menyebabkan kulit muka mengelupas
- Terdedah kepada cahaya mata hari dengan terlalu lama
Terdapat beberapa sakit penyakit yang boleh mengundang kepada masalah ini. Contohnya:
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kuman/ kulit
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.