
Sulit
5 tahun
Masalah kulit : Milia
Saya wanita 20’an dan saya mempunyai masalah milia sejak umur 15 . S ehingga kini milia sya masih tidak hilang. Macam2 produk saya dah cuba. Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Milia merupakan serpihan kulit atau timbunan keratin yang terperangkap di bawah kulit. Kebiasaanya, malia akan hilang dengan sendirinya. Namun begitu, berikut merupakan antara kaedah untuk membuang masalah milia:
Jangan mencucuk atau cuba mengeluarkannya kerana ia hanya akan menyebabkan iritasi
Pasktikan muka anda sentiasa dicuci dengan pembersih muka
Wap muka untuk membuka liang pori
Exfoliate muka seminggu sekali atau dua kali
Gunakan facial peel
Mengguna retinoid krim pada wajah
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kulit. Terutama sekali jika maslalah ini sentiasa berulang, semakin banyak atau tidak pergi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.