
Sulit
3 tahun
Masalah kulit -nayaa-:grimacing:
Saya perempuan 15 tahun dan baru baru ni saya baru lepas balik kampung. Lepas saya balik kampung, saya perasan bahawa kulit saya tidak rata dan ada bintik bintik yang berwarna kulit di merata kulit. Kekadang bintik bintik ini rasa panas and pedih sedikit. Mula mula, saya ingatkan perkara ni berlaku sebab produk pencuci muka baru saya tidak sesuai dengan muka saya jadi saya tak pakai. Tapi masih sama. Sudah lima hari dan tidak hilang lagi. Boleh saya tahu apa masalah kulit saya dan cara penyelesaiannya. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, timbulan bintik-bintik yang berwarna di merata kulit, kadang merasa panas and pedih padanya selama 5 hari boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya:
- Jerawat
- Ekzema atau masalah alahan kulit lain
- Keradangan kulit (dermatitis)
- Jangkitan kulit
- Gigitan serangga
Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda.