
Sulit
3 tahun
Masalah kulit pori besar, berjerawat dan bintik bintik hitam yang banyak di muka
Saya mengalami masalah kulit sejak dari sekolah rendah, pelbagai product drugstore telah saya cuba tapi kesannya hanya sementara . Adakah ubat atau krim khas untuk bintik bintik hitam? Saya juga mempunyai masalah jerawat yang tidak begitu teruk tetapi ia selalu tumbuh di tempat yang sama dan jerawat jugak tidak berhenti tumbuh. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ?? Apakah ingredients / ubat yg boleh membantu masalah kulit saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dialami dan ia sudah semestinya mengganggu anda dari pelbagai aspek.
Masalah kulit pori besar, berjerawat dan bintik hitam (blackhead) pada permukaan muka adalah antara masalah yang sering dialami oleh golongan remaja dan dewasa. Kebanyakan masa, masalah ini boleh dikawal sekiranya dirawat. Terdapat beberapa punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kulit yang disebutkan:
- Kulit sensitif
- Kulit berminyak
- Folikel rambut atau bulu yang besar
- Ketidakseimbangan hormon
Namun begitu, perkara ini boleh ditangani dan kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan seterusnya rawatan dan penyelesaian terhadap gejala yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.