
Sulit
4 tahun
Masalah kulit seperti panau
Saya menghadapi masalah kulit seperti panau dia bahagian badan depan dan belakang… Bolehkah pihak doktor tolong cadangkan apakah ubat yang sesuai untuk sy ambil dan rawatan yang patut saya cuba kerana dayan ingin hilangkannya secepat mungkin…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom yang anda nyatakan. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk saya membuat kesimpulan. Antaranya:
- Kawasan spesifik masalah tersebut
- Saiz bulatan
- Keadaan permukaan kulit tersebut
- Simptom gatal
- Sakit atau pedih
- Adakah bulatan semakin membesar atau semakin banyak
Biasanya masalah seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan kulat atau masalah kulit yang lain. Anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.