
Sulit
5 tahun
Masalah kulit sepeti sopak garam
Saya wanita berumur 24 tahun… Saya mengalami msalah kulit gatal² yg kelihatan seperti sopak garam… Saya telah mengalami masalah ini lebih kurang 3 minggu… Sya juga telah pergi keklinik kulit dan diberi suntikan… Kerana dokto mensyakki saya elergi… Saya sudah sebulan lebih tidak makan benda gatal dan juga kekacang… wlaupun telah di beri suntikan… Tapi masih tiada perubahan… Malahan kadang kadang menjadi lebih teruk… Saya juga mengalami batuk yang agak berpanjangan tetapi telah disahkan bahawa sy tidak mengalami tibi…Sya juga perasan sudah 4 hari stiap kali berkumur atau ludah air liur saya berwarna kuning…sedangkan pada ketika itu saya sedang berpuasa… Jadi bolehkah doktor memberi penjelasan kepada sya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum punca masalah urticaria anda dapat diketahui.
Namun begitu, antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti
Makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya)
Sengatan atau gigitan haiwan dan serangga
Bulu haiwan seperti kucing dan anjing
Ubat-ubatan
Hama, bunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian
Kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi.
Amat disarankan untuk anda mengenalapsti sebab atau faktor urticaria anda dan mengelak dari punca tersebut. Hal ini kerana rawatan perubatan semata-mata tanpa mengetahui punca alahan tidak akan menyelesaikan masalah tersebut.
Bagi masalah air liur kekuningan. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- batuk yang anda hadapi mungkin mengeluarkan kahak berwarna kuning yang dilarutlan pada air liur
- sisa makanan yang tersekat disekitar gigi
- merokok
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.