
mirahqayyum17
5 tahun
Masalah kulit yg tk diketahui
Saya pelajar brusia 18tahun. Saya mengalami sakit kulit yg teruk, dia akan naik bila bila masa sahaja pada bagian atas tangan dan muka. Bila garu, dia akan jadi merah merah dan menjadi luka dan merebak. Pada kulit muka pulak lain, dekat kulit muka jadi mcm mengelupas teruk. Saya nak thu nam penyakit yg sdang saya hidap.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kegatalan pada tangan dan muka boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- ekzema
- allergi
- kerosakan kulitakibat terdedah kepada bahan kimia yang menghakis seperti sabun pencuci
- penyakit kencing manis - masalah ini boleh menyebabkan peredaran darah kurang lancar sekaligus menyebabkan simptom ini
- penyakit saraf - sesetengah penyakit saraf boleh menyebabkan simptom kegatalan
Tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan terhadap anda, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. harap membantu. Terima kasih.