
Anonymous
5 tahun
Masalah lokia yang berbau dan darah merah mengalir semula selepas 20 hari pantang
Hello doktor, saya baru bersalin secara normal pada 14 Mei yang lalu. Pada minggu pertama darah nifas datang seperti biasa dan minggu seterusnya darah nifas dah bertukar kepada lendir coklat (rasanya term medic dipanggil lokia). Namun lokia ini berbau macam bangkai ikan. Adakah ia normal berbau begitu?
Selain itu kalau saya banyak berjalan atau mengangkat anak sulong saya dalam anggaran 9kg akan kembali berdarah semula dalam kuantiti sedikit dalam tempoh singkat seperti dalam sehari. Adakah ia memudaratkan kesihtan?
Selepas itu waktu pantang saya sudah menjangkau 20hari keatas dan lokia masih ada, tapi dalam dua hari ini,darah merah mula keluar semula. Kuantiti separuh pad maxi dalam masa 12jam. Adakah ia normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, selepas 10 hari bersalin, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia. Pelepasan Lokia ini boleh berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun Puan tidak menyusu badan atau sedang menyusu badan. Jika pelepasan anda mempunyai kemunculan lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Pelepasan nifas, atau lokia, yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan menandakan kemungkinan ada jangkitan atau masalah lain yang memerlukan rawatan lanjut. Antara tanda lain adalah seperti demam atau gatal kemaluan.
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang selanjutnya mengenai pendarahan tersebut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih