
Anonymous
6 tahun
Masalah lutut yang lemah
Saya wanita yg berumur 28 thn, berat dalam 39kg…saya mengalami masalah lutut yg lemah. Kalau saya duduk lepas tu nk berdiri pun susah nk angkat…tetapi tidak tahu sebabnya…saya nk naik tangga pun dah rasa penat dan lelah…

6 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut soalan Puan, lemah atau sakit lutut/sendi boleh disebabkan oleh :
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Untuk mengurangkan rasa lemah tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.