
Sulit
3 tahun
Masalah mata anak berkedip banyak kali tetapi anak saya tidak mengantuk
Hai doktor…saya nak tanya…semalam anak saya berumur 2 tahun 2 bln ada bermain torchlight kecil sehingga cahaya terkena pada mata…selepas dari itu…ank sy ada menonton tv dan anak sy kerdipkan mata banyak kali seumpama mcm ade masalah…anak saya suka membaca buku…dan menonton tv…dan juga menonton utube …saya sangat risaukan anak saya…mata anak saya tidak berair dan tidak merah…hanya apabila dia terlihat cahaya dari skrin telefon dan tv dia akan kerdipkan mata banyak kali…saya bimbang akan kesihatan mata anak saya…apa yg patut saya buat ya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah neurologikal seperti sawan
- Cahaya yang terlalu terang
- Membaca atau terdedah dengan skrin terlalu lama
- Masalah penglihatan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengetahui punca mengapa mata anak anda berkelip banyak kali. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.