
Sulit
5 tahun
Masalah Mengantuk dan Sakit Tekak
Saya wanita berusia 44 tahun. Ada 2 masalah yang saya alami tetapi bukanlah waktu yg sama.
Lately ni saya kerap mengantuk terutama selepas subuh. Even saya dah tidur sekejap. Still mengantuk. Malam sy biasanya sy tidur jam 10/11pm.
Sering sakit tekak selepas bangun tidur.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak Selepas bangun daripada tidur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mulut dan tekak kering keranan penghawa dingin yang dipasang sejuk
Bagi masalah kerap mengantuk, ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- obstructive sleep apnea
- narcolepsy
- hipotiroidisme
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.