
norakila20
5 tahun
Masalah mental dalam kalangan pelajar
Doctor nak tanya apakah sebab-sebab masalah mental dalam kalangan pelajar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, terdapat 297 jenis masalah mental atau sakit jiwa, dan hampir semuanya boleh mengenai semua peringkat umur sejak lahir, yang di sekolah mahupun yang dewasa. Justeru, agak sukar untuk saya jelaskan masalah mental dalam kalangan pelajar yang mana yang dimaksudkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.