
nurizzatymunirah
3 tahun
Masalah mental,sering mudah menangis,sensitif dan sering ada fikiran tentang bunuh diri
Saya berumur 16.Saya ialah anak sulung dalam keluarga.Saya berasa stress dan murung.Saya mudah menangis dan amat sensitif.Jika saya membuat salah saya akan fikir pelbagai benda dan berniat untuk bunuh diri dan rasa hidup ini tak bermakna.Berat saya juga turun mendadak.Berat saya sekarang ialah 39kg.Masa tidur saya terganggu dan saya tidak dapat fokus sepenuhnya semasa sesi pembelajaran.Adakah ini tanda-tanda masalah kesihatan mental?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kesukaran yang anda alami. Anda juga mengalami perubahan mood, berat badan yang sangat rendah serta berfikir untuk bunuh diri. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, mood depresi, berat yang rendah dan suicide ideation adalah sesuatu yang serius. Hal ini kerana, ia mengganggu aktiviti harian, hubungan sosial serta kebolehan berfikir. Kami cadangkan agar masalah ini dirujuk pada pakar tertentu. Berikut adalah senarai persatuan yang mungkin dapat membantu anda:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
Sneham Malaysia
- Suicide prevention
- Emotional support
- Everyday: 4pm-8pm
- Language: English, Malay, Tamil
Children Helpline
- Counselling
- Child abuse
- Hotline: 15999
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Anda juga boleh mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan kami secara atas talian bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.