
Sulit
4 tahun
Masalah Migraine di sebelah kanan kepala
Saya berumur 50 tahun. Saya mengalami masalah migraine. Kebelakangan ini saya semakin kerap diserang migraine. Kadang2 semasa tidur pun saya terjaga kerana serangan migraine. Mohon bantuan dan nasihat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Terdapat 3 jenis migrain.
- migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
- migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
- aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Namun, rawatan selain daripada panadol memerlukan prekripsi doktor serta soalan lebih lanjut untuk mengetahui samada anda sesuai dengan ubat tersebut atau sebaliknya.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.