
safura9933
5 tahun
Masalah ovari mengecut
Saya berusia 26tahun… sudah berkhwin setahun lebih dan belum ada zuriat, saya ada pergi ke klinik swasta, dktor kata ovari belah kanan saya mengecut… adakah masih boleh mngandung? Atau perlu dapatkan rawatan?
Period saya teratur, dan saya pernah check kesuburan saya mngunakan opk, tapi tak pernah ada tanda positif… apa yang perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya salah satu ovari anda mengecut anda masih boleh subur jika ovari yang lain tidak mempunyai apa-apa masalah. Jika anda tidak mempunyai masalah kitaran haid, anda masih mempunyai peluang kehamilan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.