Sulit
4 tahun
Masalah pada areola yang berlarutan
Saya baru berusia 25 tahun dan mempunyai rekod kesihatan: asthma dan ekzema (bahagian kaki). Pada bulan 4 (2019),bahagian areola saya mula gatal-gatal,merah pada permukaan dan melekat pada bra yang dipakai. Semakin lama semakin teruk sehingga terdapat cecair jernih yang keluar sekitar areola. Pernah merujuk pada doktor tapi tiada kesan pembaikan. Sehingga sekarang kawasan areola itu sentiasa keluar cecair.Ubat sapu jenis steroid yang diberikan oleh doktor juga tidak membantu, malahan ada rasa pedih bila pakai.
Adakah ini tanda-tanda breast cancer atau kesan dari ekzema?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kelainan puting payudara ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Eczema
- Psoriasis
- Jangkitan kulat
- Dermatitis kerana alahan terhadap produk
Merujuk kepada persoalan anda tentang kanser payudara, kenali gejala-gejala yang sinonim dengan kanser payudara seperti:
- permukaan payudara lekuk atau berbenjol
- puting berkerak, puting tenggelam
- keluar cairan
- perubahan ukuran dan bentuk
- teraba ketulan keras didalam payudara
- kulit payudara menebal, terdapat luka-luka atau mirip kulit buah oren
Bagaimanapun, gejala diatas tidak semestinya menunjukkan kanser payudara. Silakan berunding dengan pakar perubatan jika anda mendeteksi apa-apa perubahan pada payudara anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.