
Sulit
4 tahun
Masalah panas baran yang gagal dikawal
Salam sejahtera,Saya lelaki umur 40an sudah berkahwin selama 20 tahun, saya mengalami masalah mudah panas baran terutama apabila saya mula stress, ia mudah terjadi kebelakangan ini dan sy mula gagal mengawal perasaan seperti memukul dan menumbuk barang didalam rumah jikalau ianya terjadi.Isteri atau org paling rapatlah selalu jadi mangsa kemarahan dan keceluparan saya sekiranya sy stress ( sy tidak memukul mereka),tetapi ianya tidak terjadi pada org lain, cuma org terdekat shj, soalan saya,
adakah saya mengalami masalah mental kerana benda ini terjadi juga pada bapa saya dan atok sy dahulu ( keturunan panas baran)
Terima kasih atas bantuan dan jawapan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanya kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu seringkali berasa sedih. Secara umum, masalah yang anda alami mungkin berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih
Anda memerlukan nasihat pakar? Pakar kesihatan kami sedia membantu anda!