
Sulit
5 tahun
Masalah panau di bahagian tepi pipi
selamat sejahtera doktor. saya ingin menyatakan masalah muka saya mudah terkana panau di bahagian tepi pipi dan kali ini saya terkena di bahagian kanan dan sangat susah untuk menghilangkannya. ketika berpeluh, saya akan lap muka dengan tisu dahulu supaya kering dan baru pergi mandi…bolehkah doktor menerangkan sebab tumbuhnya panau? dan bagaimana cara lain yang boleh dilakukan untuk mencegah daripada terkena panau lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Panau (Tinea Vesicolor) atau nama lainnya ‘ pityriasis versicolor ’ ialah salah satu penyakit kulit yang biasa ditemui di Malaysia. Penyakit lain yang mimik sebagai panau termasuklah:
- Vitiligo (sopak)
- Tinea corporis(kurap)
- Pityriasis rosea
- Psoriasis
Dengan rawatan yang berkesan, panau boleh berkemungkinan dan tompok pada kulit boleh hilang walaupun mengambil masa yang agak lama. Ubat untuk penyakit panau boleh diberi dengan dua cara iaitu ubat sapu dan ubat makan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih