
Anonymous
6 tahun
Masalah pancutan pramatang
Saya lelaki berumur 28 dan masih belum berkahwin. Saya mengalami ketagihan onani sejak remaja. Kini saya mendapati diri saya cepat mengalami pancutan awal kurang dari seminit dan kekurangan air mani seperti kali pertama saya melakukannya. Maka saya berniat untuk berhenti terus dari melakukan onani. Jadi bolehkan saya kembali bertahan lebih lama sekiranya saya berhenti onani dalam tempoh yang lama? Tanpa pengambilan ubat.

6 tahun
Hai, Terima kasih di atas soalan saudara.
Antara punca-punca yang boleh menyebabkan ejakulasi pramatang berlaku adalah berpunca daripada masalah psikologi yang yang dihadapi. Keadaan seperti stress, gemuruh, masalah di dalam perhubungan suami isteri. Namun begitu, beberapa masalah fizikal seperti faktor umur, gangguan tahap serotonin serta mati puuk juga turut menyumbang di dalam masalah ini.
Rawatan gambir emas seperti yang dinyatakan oleh saudara setakat ini tidak mempunyai bukti saintifik untuk menyokong pendapat ini. Namun tidak salah untuk cuba berikhtiar dengan cara ini.
Haruslah diingatkan bahawa setiap ubat-ubatan yang diambil mempunyai kesan sampingan sama ada anda sedari ataupun tidak. Boleh juga terdapat kesan sampingan yang berbahaya, oleh itu, amat penting bagi seseorang pengguna untuk mendapatkan nasihat seorang doktor agar ubat yang sesuai dapat digunakan oleh individu pesakit yang sesuai.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.