
Sulit
3 tahun
Masalah paraphimosis
saya lelaki india berumur 43thn.Saya mempunyai masalah paraphimosis selama 1 tahun…Ada penyakit boleh mengatasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Parafimosis adalah keadaan apabila kulit kemaluan tidak boleh ditarik semula ke kepala zakar (penis). Ia boleh membuat alat kemaluan bengkak dan tersangkut, serta boleh menghalang darah mengalir ke dalam zakar. Keadaan ini amat bahaya jika tidak dirawat dengan segera.
Parafimosis boleh berlaku disebabkan;
- Luka di kawasan zakar;
- Tidak menarik balik kulit kemaluan selepas kencing atau pembersihan;
- Jangkitan ini boleh disebabkan tidak mencuci zakar dengan baik
- Tidak menjaga kebersihan
Parafimosis selalunya berlaku kepada lelaki yang tidak sunat/khatan, terutamanya kanak-kanak dan orang lebih tua. Simptom utama parafimosis adalah masalah dan kesukaran untuk menarik balik kulit kemaluan/zakar. Simptom- simptom lain;
- Bengkak di bahagian zakar atau kulup;
- Sakit pada zakar;
- Kepala zakar menjadi sakit atau hitam-dan-biru.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ataupun gejala seperti ini, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi tujuan pemeriksaan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah