
Sulit
4 tahun
Masalah paru-paru pernafasan
Hi…saya wanita umur 21…saya dari kecil saya sukar untuk nak bernafas sekiranya saya berada dalam kereta atau duduk/baring di bawah kipas…saya akan merasa mual dan sukar untuk bernafas…adakah saya ada penyakit paru-paru kronik?..mak saya cakap mungkin paru-paru saya ni berair banyak kahak betul ke kah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesukaran bernafas disertai dengan gejala mual. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- kekurangan darah atau anaemia
- alahan
- resdung
- gangguan emosi dan kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- serangan jantung
- jangkitan paru-paru (pneumonia)
- asma
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.