
Sulit
4 tahun
Masalah parut chicken pox yang berlubang
Saya pernah mengalami masalah chicken pox tiga tahun yang lalu dan meninggalkan parut berlubang. Apakah rawatan yang sesuai dilakukan untuk menghilangkan parut lubang itu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara umum, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Sebetulnya, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan meminimalkan penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Umum mengetahui bahawa penampilan dan perawatan parut adalah bergantung pada pelbagai faktor. Perawatan parut dapat terdiri atas krim, gel, pembedahan dan juga suntikan. Bagaimanapun, keputusan ini harus diambil dengan rekomendasi daripada doktor pakar.
Memandangkan parut ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.