
Sulit
4 tahun
Masalah parut di muka dan dark spot yang menganggu saya
saya wanita berumur 21 tahun. saya mempunyai masalah parut jerawat di muka. sesetengah parut saya disebabkan saya memicit’whitehead’di muka. serta ada beberapa parut jerawat yang meninggalkan dark spot. saya ingin mendapatkan saranan dr antara dermatix advance dan dermatix acne scar yang manakah lebih sesuai untuk saya?saya ada baca bahawa dermatix acne scar untuk ‘repressed acne scar’. memandangkan saya bukanlah jenis repressed scar jadi saya agak ragu-ragu untuk memilih produk yang sesuai. adakah cukup vitamin C yang ada dalam dermatix advance untuk pudarkan parut saya atau lebih sesuai untuk saya memilih dermatix acne scar. harap dr dapat membantu saya. terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Sebetulnya, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Kepakaran bidang estetik diperlukan untuk mengesyorkan samada anda memerlukan rawatan yang anda nyatakan. Hal ini ketana saya hanya boleh menjawab persoalan tentang bidang perubatan. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Umum mengetahui bahawa penampilan dan perawatan parut adalah bergantung pada pelbagai faktor. Perawatan parut dapat terdiri atas krim, gel, pembedahan dan juga suntikan. Bagaimanapun, keputusan ini harus diambil dengan rekomendasi daripada doktor pakar.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.