Sulit
5 tahun
Masalah parut kudis yang terlalu banyak dan menjadi tompok gelap
Hello doctor,saya ada masalah kudis yang sangat teruk dan berterusan sewaktu kecil.Ianya telah sembuh apabila meningkat dewasa.Tetapi ianya meninggalkan kesan parut yang sangat banyak sehinggakan tangan dan kaki saya seperti bersisik kerana parut kudis tersebut menjadi topokan gelap.Apakah saranan ubat yang terbaik doctor boleh senaraikan?Bantuan doctor amatlah saya hargai.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk makluman anda, anda perlu membuat janji temu dan pemeriksaan bersama dengan doktor pakar kulit untuk mencari punca masalah anda dan supaya rawatan dapat diberikan. Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor kepada anda, jadi lebih banyak maklumat dan beberapa siasatan klinikal perlu dibuat supaya puncanya dapat dicari.
Tompokan gelap tersebut mungkin disebabkan oleh:
- Ekzema
- Dermatitis
- Parut keloid atau hipertrofik (keloid scar atau hypertrophic scar)
- Vitiligo
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda digalakkan untuk menggunakan pelembab kulit untuk mengurangkan rasa gatal dan mengurangkan kulit mengelupas atau bersisik. Sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































