
Sulit
4 tahun
Masalah parut pada kaki sejak kecil
saya berumur 20-an sejak kecil saya memilik parut pada kaki. setelah membuat carian di internet saya dapati saya mempunyai masalah keratosis pilaris. apakah cara rawatan yang terbaik bagi menghilangkan benda tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, keratosis pilaris merupakan keadaan di mana kulit anda menjadi kering, kasar dan tidak membahayakan kesihatan anda. Tiada rawatan khusus untuk penyakit tersebut dan ia boleh hilang dengan sendiri bergantung kepada beberapa faktor.
Kami tidak dapat memberikan punca sebenar mengapa anda mengalami masalah kulit sedemikian berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh doktor perlu dilakukan untuk mencapai diagnosis dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.