
norkhairunisa92
4 tahun
Masalah pedih ulu hati yang berpanjangan
Assalamualaikum.saya nisa berusia 28 tahun dan masih belum berumah tangga.saya mengalami masalah ulu hati yang sudah lama.saya sudah berjumpa dengan pakar dan mereka mengesahkan yang saya menghidap GERD.doktor telah memberikan ubat ubatan untuk merawat sakit ini .antara ubat yang diberikan adalah PPI.saya juga telah mengubah cara pemakanan saya.namun masalah saya ini masih berterusan.saya ingin bertanya apa lagi jenis rawatan yang boleh saya dapatkan untuk merawat sakit saya ini memandangkan ubat ubatan seperti tidak mampu mengurangkan sakit saya ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu pedih ulu hati. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah pedih ulu hati akibat GERD biasanya boleh disebabkan oleh:
- Berat badan berlebihan
- Wanita hamil
- Merokok
- Kerap makan pada lewat malam
Biasanya masalah pedih ulu hati akibat GERD boleh diatasi dengan tidak merokok, bersenam dan diet untuk mengurangkan berat badan. Bagi mengatasi masalah anda dengan ubat-ubatan, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Dalam kes anda, anda perlu pergi ke doktor kerana ubat ubatan tidak lagi merawat sakit pedih ulu hati anda. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.