Sulit
3 tahun
Masalah pemgambilan perancang
Saya wnita berumur 19 tahun, sy telah mengambil perancang sejenis berinjektion, pda bulan ke 2,sy datang bulan dalam masa seminggu, adakah itu normal bgi sy yng bru kli pertama mnerima injektion perancang tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kemungkinana besar gejala yang anda hadapi ialah disebabkan oleh suntikan perancang. Untuk makluman anda,suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
- Spotting atau pendarahan secara minima
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Berkenaan dengan pertukaran ke pil perancang dari suntikan perancang anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kesan sampingan kedua dua kaedah perancang/ boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.