
Sulit
4 tahun
Masalah pendarahan period 15 hari
Assalam , isteri saya mengalami period 15 hari dah sebelum tarikh period pun ada kluar darah juga warna coklat … dah masuk hari period l darah ttp warna coklat kemerahan skit , harini nmpak darah merah dgn coklat dan makin banyak daripda sebelumnya … boleh saya tahu kenapa ia sebegini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid berpanjangan.
Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran .
Untuk mengetahui kondisi sebenar, pemeriksaan lanjut diperlukan di klinik atau hospital. Oleh itu jika masalah ini berlarutan, sila berjumpa dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.