Sulit
4 tahun
Masalah pendarahan setiap kali tusukan zakar dan sakit ketika tusukan zakar
Saya wanita baru berkahwin. Saya dengan pasangan mencuba beberapa kali untuk bersama. Setiap kali tusukan zakar, akan mengeluarkan darah dan sakit. Bagaimana cara mengatasinya doktor?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Sakit ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.)
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya jangkitan kuman memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari jangkitan kuman, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, penggunaan painkiller perlu mendapatkan nasihat doktor, namun anda juga boleh cuba mengurangkan rasa sakit dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun perdarahan faraj yang kerap berlaku selepas hubungan seksual adalah sesuatu yang tidak normal dan boleh berpunca dari:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
Tambahan lagi, sekiranya gejala-gejala yang anda alami tersebut berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































