Anonymous
4 tahun
Masalah pendengaran (sakit telinga)
Saya terasa seperti ada air tetapi ia tidak mahu keluar dan tahap pendengaran sangat kurang.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah pada telinga biasanya memerlukan pemeriksaan sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Saya menyarankan agar anda merujuk perkara ini ke klinik terdekat.
Antara penyebab gangguan pada telinga ialah:
- Jangkitan kuman
- Tahi telinga yang termampat akibat penggunaan putik kapas
- Telinga dimasuki air
- Masalah pada struktur telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!