
Sulit
4 tahun
Masalah penghadaman dan pencerahan perut
Saya nk tanya,sebelum ni saya sembelit dan skrg sembelit saya sedikit ok tpi masalah skrg saya jadi kerap nk buang air besar.najis pun lembik jea.Dubur saya pun rasa tk selesa. Badan2 saya pun lenguh2 n letih jea.Mohon pencerahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, yang lembik biasanya boleh disebabkan oleh pemakanan. Masalah seperti kekurangan air dalam badan dan sembelit juga boleh menyebabkan banyak lendiran pada najis.
Namun begitu, masalah lain yang lebih serius juga boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam, sakit perut yang teruk atau penurunan berat badan secara mendadak.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih