
Sulit
3 tahun
Masalah Penghadaman perut disebabkan ubat
Hi Doktor, Saya nak tanya kenapa setelah saya ambil ubat antibiotik amoxicillin saya jadi sakit perut, cirit birit dan najis jadi lembik n kecil… Saya ambik ubat ni untuk rawat sakit gigi tpi jadi sebaliknya… Mohon Pencerahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda mempunyai masalah sakit perut, cirit-birit serta perubahan pada najis setelah mengambil antibiotik Amoxicillin. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Amoxicilin adalah sejenis antibiotik dalam kategori Penicillin dan sering digunakan bagi mengatasi infeksi atau jangkitan bakteria. Gejala yang anda alami adalah kesan sampingan daripada Amoxicillin. Kesan sampingan lain adalah:
- Mual atau muntah-muntah
- Pertukaran warna pada gigi
- Pening atau sakit kepala
- Reaksi hyper-sensitif atau Anaphylactic Shock yang sangat merbahaya
Oleh yang demikian, amat penting bagi anda untuk berbincang semula dengan doktor supaya menukar rejim rawatan anda kepada ubat yang lebih sesuai. Hal ini kerana, berhenti mengambil antibiotik tanpa tempoh yang disarankan akan menghalang keberkesanan ubat tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.