
Sulit
4 tahun
Masalah penghadaman
Hai saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Masalah saya sebelum ni saya ada masalah sembelit tapi sembelit sudah beransur pulih namun begitu skrg ni saya jadi kerap utk buang air besar. Najis tak cair tapi normal n lembut cuma kadang2 jea kecik bkn cirit birit. Disebabkan masalah itu dubur saya sedikit selesa tpi semasa buang air besar ia tidak sakit… Kenapa ya? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sembelit.
Berdasarkan maklumat yang anda nyatakan, perubahan pada najis dan juga kekerapan membuang air besar boleh jadi disebabkan oleh sembelit sebelum ini. Namun begitu, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada najis dan kekerapan membuang air besar seperti :
- Penyakit celiac
- Penyakit Crohn
- Sindrom iritasi perut
- Ulcerative collitis
- Diverticulosis
Sekiranya anda mendapati gejala gejala berikut, sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan lanjut :
- Najis berwarna hitam
- Najis berwarna merah gelap
- Najis berwarna putih
- Najis keras dan kering
- Cecair yang terkeluar di sekeliling najis
Anda disarankan untuk mencuba cara cara berikut bagi mengelakkan sembelit terus berlaku :
- Makan makanan yang mengandungi tinggi fiber seperti sayuran dan buah buahan
- Minum air secukupnya
- Kurangkan makanan berproses dan produk tenusu
- Banyakkan aktiviti bersukan
Sekiranya masalah yang anda hadapi terus berpanjangan, sila ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.