
Sulit
3 tahun
Masalah period badan naik
9 bulan tak keluar period.makin lama naik badan. Lagi punca

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall.
Kami faham bahawa anda mempunyai masalah haid lewat atau tidak datang haid selama 9 bulan serta berat badan yang semakin bertambah. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara amnya, masalah haid lewat oleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan - Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Namun, ia juga boleh disebabkan beberapa perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lebih lanjut tentang masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda. Sila hubungi pihak kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi