
Sulit
5 tahun
Masalah Period berpanjangan tapi sikit
saya ada masalah period. dah sebulan. saya dh buat gynae scan and sonographer check ovari semua okay.no cyst or etc. check urine and test darah semua okay. skrg still ongoing. dia mcm lendir keputihan yang dah nak habis period but ada mix dgn darah lagi. pendarahan tk heavy or light. dia mcm bila dh kita basuh vagina then ada. dekat tuala wanita tkde apa2 kesan darah pun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.