
Sulit
5 tahun
Masalah period berpanjangan tetapi dalam kuantiti yang sedikit
Saya wanita berusia 26 tahun, dan masih bujang.
Sebelum ini, saya mengalami masalah period tidak teratur yang agak lama dan pernah tidak datang bulan selama lebih 6 bulan @ lebih tetapi tidak merujuk kepada Doktor @ mana-mana klinik kesihatan. Saya pernah mengambil supplement untuk melancarkan darah dalaman seperti KACIP FATIMAH PHYTOPLUS, selepas makan supplement tersebut, period saya teratur tetapi saya STOP makan sebab kos membeli supplement tersebut sangat
mahal. Kemudian, period sy menjadi tidak teratur semula selepas STOP makan supplement tersebut. Saya iktiar cara lain dengan makan supplement SANE NANG produk dari thailand. Saya sudah consume sebanyak 9 paket SANE NANG dan STOP consume setelah period teratur… Selepas makan supplement tersebut, period saya teratur pada setiap bulan tetapi lama kelamaan period saya menjadi berpanjangan tetapi dalam jumlah yang sedikit pada permulaan dan sederhana banyak pada pengakhiran. Boleh di katakan saya mengalami period 2 kali dalam sebulan dalam tempoh masa yang melebihi 10-14 hari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur dan berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya mempunyai faktor risiko seperti ujian pap smear positif, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.