Anonymous
6 tahun
Masalah Period berpanjangan
saya wanita berumur 27 tahun sudah berkahwin dan belum mempunyai anak. disini saya ini katakan bahawa tempoh haid saya pada bulan ini (jun 2019) amat sedikit dan yang keluar hanya berwarna coklat. tempoh haid ini berpanjangan sehingga 9 hari. dan sepanjang tempoh haid ini saya tidak mengalami apa2 sintom seperti PMS or sakit di ari2…adakah itu normal.?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
































