
Sulit
5 tahun
Masalah period bulan ni
Hi selamat sejahtera. Bulan 1 tahun 2020 saya period pada 21hb. Dan bulan lepas 12hb saye bersetubuh dengan suami saya dan malam tersebut saya mengambil pill perancang yang dibeli dari farmasi and saya sudah period macam normal bulan lepas pada tarikh 19hb dan habis pda 23hb. Bulan 3 ni saya belum period memandangkan tarikh period saya dah lari skrang 28hb ade berkemungkinan untuk pregnant?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anovulasi - tiada ovulasi dalam ovum pada minggu tersebut
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.