
Sulit
4 tahun
Masalah period dan keputihan
hi, saya remaja perempuan berusia 18 tahun , saya tidak mengalami haid selama 7 bulan dan mengalami masalah keputihan yang kadang kala berwarna kehijau hijaun, dua hari lepas saya mengalami haid walaubagaimanapun hanya sedikit sahaja darah yg keluar dan dalam masa ianya keluar hanya dalam masa sehari sahaja dan seterusnya tiada haid lagi yang keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid yang lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Bagi masalah keputihan tersebut pula, ia boleh disebabkan oleh:
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Bacterial vaginosis
- Cervicitis
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian memandangkan anda tidak mengalami haid buat masa yang lama dan terdapat keputihan atau lendiran kehijauan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.