
Sulit
3 tahun
Masalah period datang berterusan after operation & cucuk perancang
Assalam… saya mengalami masalah period berterusan… pada 11/12/2020 saya kena operate disebabkan mengandung luar rahim,masa tu kandungan 9 week… disebabkan tu, tuib sebelah kanan kena ikat… pada 14/12/2020 sebelum keluar hosp sek 7 saya dinasihatkan cucuk perancnag… selepas itu, first period saya datang pada 18/1/2021 sehingga 7/4/2021 darah tak banyak sekadar pakai pantiliner, cuma kadang² ada keluar banyak dalam 2,3 hari… darah warna pekat nak kehitaman macam tu… bulan 3 ada jumpa pakar puan, dr bgth normal disebabkan kesan cucuk perancang, start dari tu memang dah stop ambil perancancang atas nasihat dr… pada 19/4/2021 keluar lg period sampai sekarang 9/5/2021, keluar dlm 2,3 je macam period biasa… lepas tu keluar darah pekat just pakai pantiliner je…ada kah ni masih normal doc??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Amalkan oemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.